Skip to main content
x

Jenama francais tempatan berkembang di luar negara

Putrajaya, 29 September 2017

Setiausaha Agung Persatuan Francais Malaysia (MFA), Mohamad Shukri Salleh berkata, secara dasarnya, pertumbuhan industri francais negara mengalami sedikit kelembapan pada tahun 2017 berbanding tahun sebelumnya.

Namun katanya, ini tidak menghalang jenama francais tempatan untuk terus berkembang ke luar negara sekali gus menjadi antara negara yang aktif dalam perkembangan francais di luar negara.